Monday, March 26, 2012

Bintang Yang Jauh

12.54 a.m. Tradisi sblm lelap dibakar alat peneman hati bernama Winston. Kepala terus senget in awe melihat bintang sayup di langit samaada planet hasil kerdipan sendiri atau satelit planet hasil cahaya matahari. Stargazing masih akan dijadikan hobi. Rule of thumb, planet jauhnya XXX juta tahun cahaya dilihat sekarang mungkin tiada lagi sekarang, mungkin sudah jadi black hole. Ataupun dgn kata lain, planet jauhnya XXX juta tahun cahaya jauhnya dari bumi, kita lihat sekarang adalah keadaannya XXX juta tahun cahaya dahulu. Tak paham lagi, sila Google. How it can be related to us? Maknanya, tak kenal maka tak cinta. Jika kita tak tahu teori ini, sekali lihat mungkin kita puji betapa cantiknya bintang ini, padahal bintang itu dah tiada in real time which is now. Seperti bintang, harapan yg diberikan dari manusia kepada manusia lain adakalanya palsu. Jika kita sudah tahu atau sudah banyak ditipu seperti bintang menipu kita, kita lebih rela atau bijak jika kita menyanjungi matahari which is a star, lebih dekat, lebih tinggi kualiti (berbanding bintang yg kita lihat yg mungkin hanya planet, bukan star/paksi solar system). She's near yet so far (merujuk matahari...ke awek?). Haha.

Thursday, March 22, 2012

Burger

Kita dah banyak kali makan makanan 'lavish' ataupon 'daif'. Tapi adakalanya kita teringin nak makan burger Ramly yang plain tu. As for me, bila aku makan burger, teringat peristiwa lalu yg melibatkan burger. Tak berapa paham kot? Macam ni, semua gerai burger yg kita singgah ada nilai estetika nya sendiri dari dulu hingga sekarang. Masa tunggu utk beli burger pon kadang2 macam2 jadi. Antara pengalaman awal pasal burger time jual burger masa dekat MRSM Pasir Tumboh. Kalau dkt UiTM, bawah blok 46, Seksyen 7. Atau depan Restoran Anggerik, Seksyen 7. Bila time pembelian burger ni malam, so biasanya aku dpt tgk suasana flat2 lain bila pergi ke tempat burger berlainan di Sek 7 Shah Alam tu. Kadang2 bende yg x penting macam ni yg aku ingt sampai sekarang. Rasanya suasana beli burger di tempat berlainan tu aku bleh describe satu persatu. Pelik.

Saturday, March 3, 2012

Pekan Bangi Lama

Dari Bandar Seri Putra ke stesen komuter Bangi, anda akan melalui suatu jalan dimana masa adalah satu aspek yang tidak berapa penting disitu. Disitulah terletaknya Pekan Bangi Lama. I bet residents of Bandar Baru Bangi, in minimal numeric never sat their feet in this serene small town. Anda dapat jumpa tasik dimana sebilangan masih berpeluang utk memancing, kedai runcit dimana dekorasi dan item jualannya masih lagi bertema 70-an (i.e balang biskut besi empat segi, barang digantung dengan tali dari atas, tuan kedai as friendly as your family). Sebilangan bangunannya adalah sama dengan bangunan2 di pekan lama seperti Raub, Bentong atau Tapah. Pengukir sosial disini hidup berbilang kaum diantara Melayu, Cina dan India. Kaum Cina dengan Kedai Motornya, Kaum India dengan kedai runcitnya dan Kaum Melayu pula berniaga di pasar basah. Kadang2 kita pelik dimana mungkin adanya ketegangan kaum di Malaysia? Mereka di pekan ini hidup sehari-hari memikul sosial masing2, tuan dan anak buah tanpa rungutan. Mungkin kehendak yang besar dikorbankan untuk anak2 masing bermain dan membesar tanpa prejudis terhadap mana2 bangsa yang lain. Jujur dikatakan gua suka dengan keadaan kampung dimana masing2 boleh ukir senyum tanpa lukis masam di hati.